NANTI KEMUNCULAN DUA BUKU UNTUK PENGETAHUAN ANDA DALAM FACEBOOK DAN BLOGGER!!! AWAL OKTOBER INI!!

KAGUMKAN KAWAN-KAWAN DENGAN FACEBOOK
PENULIS: ISKANDAR AB RASHID
Harga Semenanjung: RM 15.00

Harga Sabah/Sarawak: RM 18.00

ISBN: 9789675337062

Rangkaian sosial adalah antara yang sangat popular hari ini. Mengaku anda tidak memiliki akaun Facebook sama seperti anda mengaku masih menggunakan kamera filem yang sudah lama dilupakan. Sinonim dengan seruan Perdana Menteri Malaysia sendiri yang turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menggunakan rangkaian sosial bukan sahaja sebagai media sosial bahkan sebagai media ekonomi.

Buku Rangkaian Sosial yang terdiri daripada empat siri pembelajaran yang diterbitkan dengan tujuan untuk membimbing para pembaca terhadap pengetahuan asas berkenaan laman sosial di samping turut memberi panduan serta informasi lengkap kepada pembaca untuk mendaftar, membina serta menyelenggara rangkaian sosial mereka dengan mudah. Buku ini juga ditulis dengan gaya bahasa mudah agar senang difahami. Malah, setiap proses dijelaskan secara langkah demi langkah yang lengkap dengan gambar skrin (screen capture)



MEMBINA DAN MENYELENGGARA BLOG BERKUMPULAN MENGGUNAKAN BLOGGER
PENULIS: ISKANDAR AB RASHID
Harga Semenanjung: RM 15.00
Harga Sabah/Sarawak: RM 18.00
ISBN: 9789675337079

Rangkaian sosial adalah antara yang sangat popular hari ini. Mengaku anda tidak memiliki akaun Facebook sama seperti anda mengaku masih menggunakan kamera filem yang sudah lama dilupakan. Sinonim dengan seruan Perdana Menteri Malaysia sendiri yang turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menggunakan rangkaian sosial bukan sahaja sebagai media sosial bahkan sebagai media ekonomi.

Buku Rangkaian Sosial yang terdiri daripada empat siri pembelajaran yang diterbitkan dengan tujuan untuk membimbing para pembaca terhadap pengetahuan asas berkenaan laman sosial di samping turut memberi panduan serta informasi lengkap kepada pembaca untuk mendaftar, membina serta menyelenggara rangkaian sosial mereka dengan mudah. Buku ini juga ditulis dengan gaya bahasa mudah agar senang difahami. Malah, setiap proses dijelaskan secara langkah demi langkah yang lengkap dengan gambar skrin (screen capture)

Nantikan Kemunculan JUITA!!


Tabloid majalah JUITA bakal menemui pembaca Malaysia pada hujung November ini. Merangkumi pelbagai info yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca wanita khususnya. Jangan lupa dapatkannya di pasaran seluruh Malaysia dengan harga yang cukup murah iaitu RM2.50 sahaja. Pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan edisi sulung JUITA di pasaran!!!

SIAPA JUITA?

Berita terkini! Kaki Novel melalui 'adiknya' Kaki Buku bakal menerbitkan sebuah majalah tabloid bersaiz A3 yang diberi nama 'Juita' mulai Disember 2009 ini. Isi kandungan 'Juita' merangkumi isu-isu tentang wanita tanah air dan dunia. Ia sangat menarik untuk ditatapi dan dimiliki. Hanya dengan RM2.50 anda boleh mendapatkannya di semua kedai-kedia buku atau majalah di seluruh negara. Buat permulaan, Juita akan diterbitkan sekali dalam masa sebulan bermula pada awal setiap bulan! Jangan lupa dapatkan 'Juita' yang pasti memenuhi citarasa anda! Ikutilah berita selanjutnya tentang 'Juita' di dalam kakinovel.com dari masa ke semasa.

HOT GIMMICK DI PASARAN NOVEMBER INI


Natasya Shakilla telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd. Kewibawaannya sebagai Ketua Pengawas tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak. Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan.
Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd. Hubungan rapat mereka berdua telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla. Mujurlah Harizd menyelamatkan Natsya Shakilla. Rupa-rupanya Harizd dan Natasya Shakilla pernah ‘berkasih’ semasa mereka masih kanak-kanak dahulu.
Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?

HARGA
S/M : RM18 AHLI : RM14
S/S : RM21 AHLI : RM17

16 Oktober Hari Makanan Sedunia


SETIAP tahun tanpa jemu pada 16 Oktober, dunia meraikan hari makanan. Tetapi secara sedar atau sebaliknya kita sendiri tidak begitu mengetahui wujudnya hari khusus buat makanan untuk disambut. Kita barangkali tidak mementingkan hari tersebut walaupun kita sedar akan pentingnya makanan untuk kita semua meneruskan kelangsungan hidup.

Kita perlu terima bahawa makanan ialah hak asasi manusia yang paling asas. Setiap yang bernyawa sama ada manusia atau binatang, mereka memerlukan makanan. Bagi manusia, ia memerlukan hak asasi ini untuk mengekalkan tenaga, bekerja, belajar dan terus hidup.

Tetapi malangnya, kira-kira 800 juta orang di seluruh dunia masih berlapar setiap hari.

Laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) seperti yang dipetik oleh BBC News menyamakan bahawa kebuluran ialah manifestasi kemiskinan paling kritikal.

Lalu ia senada dalam menyelesaikan masalah yang satu ini.

‘‘Untuk membasmi kebuluran, kita perlu mengisytiharkan perang kepada kemiskinan,’’ kata laporan itu.

Perlu diingatkan bahawa 17 Oktober pula disambut sebagai Hari Membasmi Kemiskinan Sedunia dalam kalendar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hubungan rapat di antara kemiskinan dan kebuluran bukan lagi satu kejutan besar sebenarnya. Adalah dianggarkan kira-kira 1.5 bilion individu hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$1 dolar (RM3.70) sehari.

Dan setiap tiga saat, pasti ada seorang yang mati kerana faktor kebuluran.

Kebuluran bukan sahaja meragut nyawa, lebih buruk daripada itu ia ‘mengambil bersama’ semangat serta keupayaan untuk bekerja dan belajar.

Menurut FAO lagi, masalah kebuluran boleh merencatkan keamanan dan kemakmuran sesebuah negara selain memerangkap individu itu dalam kitaran kemiskinan yang sukar diatasi. Akibat kebuluran juga akan membawa kepada tahap kesihatan memburuk. Paling tidak diingini, kebuluran dan kelaparan diwarisi dari satu generasi ke generasi lain.

Tahun ini tema Hari Makanan Sedunia ialah Mengatasi Kebuluran, Memerangi Kemiskinan.

Ia memberikan suara dan saksi kepada laporan ekonomi yang terkandung dalam kajian terbaru FAO bahawa satu-satunya cara efektif untuk membasmi kemiskinan ialah dengan menghapuskan kebuluran.

Selebihnya dalam soal memerangi kebuluran, FAO akan juga mengeluarkan laporan ketiga mengenai masalah itu. Laporan itu dikenali sebagai The State of Food Insecurity In The World.

Ketua FAO, Dr. Jacques Diouf dalam ucapannya menyambut Hari Makanan Sedunia percaya bahawa wujud hubungan di antara makanan dan kemiskinan.

‘‘Adalah diakui bahawa kebuluran adalah natijah kemiskinan, tetapi saya percaya adalah benar juga bahawa kebuluran menyebabkan kemiskinan,’’ katanya dalam satu kenyataan FAO seperti dipetik oleh akhbar The Guardian. Tetapi beliau masih berhati-hati dalam membuat ramalan bahawa kebuluran akan dapat diatasi sepenuhnya jika kemiskinan dibasmi.

Soal kemiskinan seringkali berkait rapat dengan luar bandar dan pertanian.

‘‘Matlamat yang lebih khusus diperlukan ke atas masalah kebuluran dan pembangunan pertanian dalam ruang lingkup objektif membasmi kemiskinan.’’

Di negara membangun, sekurang-kurangnya 60 peratus penduduknya bergantung kepada tanah untuk mendapatkan makanan mereka. Bagaimanapun, begitu banyak isu bersabit dengan hak-hak tanah dan kualiti tanah bumi bermakna berjuta-juta orang akan kebuluran.

Mengambil kira bahawa 70 peratus mereka yang miskin dan kebuluran ini tinggal di luar bandar, FAO menegaskan bahawa pelaburan kerajaan dan swasta kini diperlukan di kawasan berkenaan jika dunia benar-benar mahu mencapai sasaran untuk mengurangkan kebuluran menjelang tahun 2015.

Dalam pada itu, Hari Makanan Sedunia bukan sahaja disambut kerana pentingnya makanan buat kita semua. Ia juga sebenarnya menjadi landasan dan matlamat bagi meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai masalah kebuluran yang kini membelenggu dunia.

Sekilas mengenai latar belakang Hari Makanan Sedunia, ia mula diraikan pertama kali pada tahun 1981, hari jatuhnya ulang tahun FAO diasaskan pada tahun 1945.

Tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya , lebih 150 buah negara merancang beberapa majlis dan acara untuk memperingati hari yang penting untuk makanan itu.

Kira-kira 30 buah negara menyertai projek pendidikan global bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai masalah kebuluran dan kelaparan.

Sebagai contoh program yang dinamakan Feeding Minds, Helping Hunger, melibatkan gabungan bersama beberapa rakan antarabangsa termasuk UNESCO, Bank Dunia dan majalah Newsweek.

Duta Program FAO dan kempen tahunan, Tele-Makanan turut menarik perhatian selebriti-selebriti terkenal bagi menyertainya. Tahun ini misalnya, ia mendapat perhatian penyanyi Giberto Gil, Alanis Morrissette, Daniel Lanois, Femi Kuti dan Emmylou Harris.

Kalau kita belum lupa, sidang kemuncak makanan juga diadakan bagi memberitahu betapa masalah makanan ini perlu diselesaikan oleh dunia. Ia adalah forum yang mempertemukan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), para pegawai PBB dan kerajaan serta sebagainya.

Mungkin hal makanan dan kemiskinan bukan isu besar diperdebatkan di beberapa buah negara di Asia, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Tetapi sekali-sekala perlu diintai juga benua Afrika di mana masalah kebuluran dan kemiskinan ini masih belum dapat diatasi walau ‘perang habis-habisan’ diisytiharkan kepadanya.

Ia akan terus menjadi masalah yang cukup sulit untuk diatasi jika tiada sebarang kefahaman sama tentang hubungan makanan dan kemiskinan.

Peraduan Beli & Menang KN di Badan Cemerlang Sdn.Bhd



Sesi penyerahan hadiah peraduan Beli dan Menang yang dilangsungkan di Badan Cemerlang Sdn Bhd, Johor baru-baru ini. Peraduan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan selama ia dilangsungkan iaitu dari 01 Jun sehingga 31 ogos 2009. Penyertaan yang menggalakkan ini terbukti dengan jumlah resit belian dan borang yang banyak dimasukkan ke dalam kotak peraduan. Walau apapun KN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada Badan Cemerlang (En. Halim) kerana turut sama menjayakan promosi ini di kedai mereka. Insya-Allah peraduan lain akan muncul di sana kelak... Nantikan Yek!!!




Pemenang Pertama: Nor Isnaini bt.Mohd Sanusi




Pemenang kedua: Siti Nor Fadilah bt. Saedon




Pemenang Ketiga: Wan Normi bt.Wan Abu Bakar.