Bulan Bahasa Kebangsaan


Tempoh: 1 – 31 Oktober 2009
Tema: Bahasa Jiwa Bangsa

Amanat Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

“Saya mencadangkan program yang diatur oleh DBP setiap tahun iaitu Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dapat dilaksanakan dengan lebih meriah lagi dengan pelbagai program di semua peringkat dengan maklumat yang lebih meluas disalurkan supaya rakyat dapat memahami betapa pentingnya bahasa Melayu ….”
YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, 4 Mei 2009, semasa lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ke DBP.

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an, kempen ini sudah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987 – 1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) 1996 – 2005 dan Minggu Sastera (1987 – 1998). Akhirnya pada tahun 1999 gerakan kini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN mengalami proses penjenamaan semula dan ini dikenali dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

Tujuan Utama BBK

a) Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan
jati diri dan citra bangsa Malaysia.
b) Menguatkan rasa megah terhadap bahasa
kebangsaan.
c) Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan
bangsa melalui perpaduan.
d) Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan
sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tumpuan BBK 2009

a) Penyertaan yang lebih menyeluruh
daripada semua peringkat masyarakat
berbilang bangsa dan keturunan.
b) Penglibatan menyeluruh jabatan dan
agensi kerajaan, swasta dan bukan
kerajaan (NGO).

No comments:

Post a Comment